Buta.
“Allah adalah Nama bagi Dzat Yg Wajibul- Wujud, Tuhan sekalian alam”
“Barangsiapa yg tidak melalui jalan Nabi S.A.W, maka ia tidak akan sampai(wusul) kepada Allah”
“Nabi Muhammad S.A.W adalah pintu yg paling agung kepada Makrifatullah yg sebenar”
“Sekalian manusia itu sedang diuji oleh Allah, tiadalah kelebihan diantara mereka melainkan taqwa dan makrifatullah”
“Thariqat ialah jalan menuju kepada Allah dengan mengekali dzikir Allah! Allah! didalam hati dan duduk dibawah pimpinan Syeikh Mursyid yg Wusul”
“Jangan meninggalkan dzikir selagi ada akalmu jikalau serta lalai sekalipun, dan berdzikirlah sehingga hilang selain Allah”
“Pandanglah Pelukis didalam lukisan, jangan engkau asyik memandang keindahan sebuah lukisan, tetapi pandanglah keindahan Sang Pelukis Agung”
“Apa pun bentuk dan rupa lukisan, maka hanya semata untuk mengzahirkan Dia Pelukis Maha Agung”
“Daripadamu kepada Allah, adalah orang yg beramal terhijab jauh dari Allah.
Daripada Allah kepadamu , adalah orang yg beramal dan menyedari dengan pertolongan(hidayah) Allah, tetapi masih melihat wujud dirinya.
Daripada Allah kepada Allah, adalah orang yg beramal dengan ketiadaan wujud dirinya dan ia lebur dalam keesaan Allah, tiada pelaku amal pada hakikatnya melainkan Allah, dan inilah maqam ikhlas yg hakiki”
“Nur Muhammad S.A.W diciptakan oleh Allah dengan KekuasaanNya.
Bagaimana? Tidak terjangkau oleh segala makhlukNya”
“Dunia ini adalah tempat pengujian Allah. Sabar adalah perjalanan hati dan ridha adalah puncak percapaian roh menuju Tuhan”
“Tiada Penolong dan Penyelamatku selainMu”
“Sabar adalah suatu yg pahit bagi hawa-nafsumu, maka kelazatan sabar akan dapat dikecapi dengan memandang perlakuan Allah terhadapmu”
“Syukur ialah memandang Pemberi nikmat bukan memandang nikmat”
“Luputnya waktumu dengan Tuhanmu adalah kerugian yg amat besar”
“Orang yg bijaksana itu memandang binasa sebelum binasa, mati sebelum mati”
“Sempurna Islam seseorang itu dengan memiliki Islam, Iman dan Ihsan”
“Barangsiapa yg benar dalam tawakkalnya kepada Allah Ta’ala, maka Allah Ta’ala akan mencukupi DzatNya atas hambanya”
“Kehendak Allah sebelum wujud sesuatu”
“Barangsiapa yg mengenali Allah, maka ia akan melihat dengan yakin akan ketiadaan-upayanya disisi Kekuasaan Allah yg mutlak”
“Dunia ini bukanlah tempat menetapmu”
“Janganlah engkau berhadap kepada apa yg dijadikan ia untuk engkau dan berpaling engkau daripada siapa yg engkau dijadikan untukNya”
“Tanda cinta Allah kepadamu, dibukakanNya untukmu pintu taubat”
“Jangan engkau berhadap kepada selainKU, walaupun ia Nabi yg mursalin atau syurga firdaus yg tinggi”
– BUTA SELAIN ALLAH
Al Fatihah.
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat
*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.
*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!
Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat
Sabda Rasulullah SAW;
*”Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”*
(Hadis Riwayat Muslim)
***TOLONG SHARE BERAMAI2***
Adab
Umno atau dap.
Tepung.
Fauziah bt Mohamed:
Maaf … hanya untuk berkongsi dengan semua kawan-kawan saya .. Sila baca dengan betul:
Simpan sebeg tepung dalam semua dapur dan biarkan semua orang tahu di mana ia disimpan. *TOLONG JANGAN DELETE.. BACA HINGGA HABIS* pengalaman seorang wanita telah terbakar … 🔥 satu ketika dahulu:
Sedang saya memasak jagung dan garfu saya tersekat di dalam air mendidih ketika untuk melihat jika jagung sudah boleh diangkat. Tiba tiba tangan saya terlepas dan termasuk ke dalam air yang sedang mendidih …. !! Seorang rakan saya, yang merupakan seorang doktor haiwan Vietnam yg sedang berada didalam rumah itu terkejut kerana saya menjerit kesakitan. Rakan saya bertanya kepada saya jika saya mempunyai tepung gandum … Lalu tangan saya yg dlm kesakitan itu ditarik dan dimasukkan kedalam beg yg diisi tepung gandum lalu membenamkan tangan saya di dalam tepung itu.
Dia memberitahu saya supaya tangan saya dibenamkan dalam tepung selama 10 minit.
Beliau berkata, Di Vietnam, terdapat seorang lelaki disambar api dan dalam keadaan panik, mereka melemparkan beg tepung keseluruh tubuh beliau untuk memadamkan api tersebut. Akhirnya, ia bukan sahaja memadamkan api itu, tetapi dia tidak sama sekali melecuh !!!! … Dipendekan cerita, saya letakkan tangan saya di dalam beg tepung selama 10 minit, kemudian saya tarik keluar dan tangan saya langsung tidak juga ada tanda merah atau melecuh & benar-benar TIDAK SAKIT. Sekarang, saya simpan satu beg tepung di dalam peti sejuk dan setiap kali saya terbakar saya lakukan seperti itu sendiri. *Tepung yang sejuk adalah lebih baik daripada tepung suhu bilik*.
Saya menggunakan tepung gandum dan tidak pernah ada tanda tempat merah / terbakar, atau lecuh! Saya juga pernah melecuh lidah sekali, lalu saya letakkan tepung di atas lidah saya yg melecuh itu selama kira-kira 10 minit …. kesakitan terus hilang dan tidak ada tanda terbakar. Pelikkan!! Simpan beg tepung di dalam peti sejuk anda sebagai pencegah kelecuran sekiranya ahli keluarga ataupun diri kita sendiri terkena bahan bahan yg panas disebabkan api. 👌😊😊😊👍☺☺☺✌ Flour/tepung gamdum mempunyai daya penyerap haba dan juga daya antioxident yang kuat. Oleh itu ia membantu dalam kelecuran kerana terbakar dan meredakan kesakitan jika dilakukan dalam tempoh 15 minit.
Kuih.

4sale.


